"Ada 'highway' kat lengan baju ni", komplen hubby bila nampak lengan bajunya ada 2 side. Terpaksalah saya gosok semula uniform kerjanya supaya jadi 1 line semula. Tengah gosok baju ada pulak suara kecil datang, "mak, Hanim nak tu...".Kemudian datang pulak suara lain, "mak, Husna nak pan cake, bukan mee goreng...". "Mak, boleh mak semak homework saya?" Lagi satu suara hadir. Begitulah keadaannya yang kadangkala serentak dalam satu masa. Tolong!!! Perasaan stress mula menjelma. Akhirnya saya akur yang saya bukan lah 'superwoman', mampu lakukan segala kerja rumah dan melayani kehendak suami dan anak2 dengan baik.Apa lagi jalan penyelesaian, BIBIK laa jawapannya.
Meskipun sudah tak bekerja sepenuh masa, saya banyak mengurus hal keluarga. Pagi hantar anak pegi sekolah 15 km jauhnya, pastu mengajar part time. Tengahari ambil anak,masak, tengok homework anak, ngajar anak mengaji termasuk menguruskan rumah 2 tingkat ni. Kekadang, ada juga tugas suami yg saya ambil alih kerana waktu kerjanya yang tak menentu.Pada anda yang suami bekerja isnin-jumaat, 8-5, cuti sabtu ahad, bersyukurlah kerana ada banyak masa bersama. Kalau bekerja di jabatan yang sama, lagilah bertuahnya.. Mungkin ini salah satu faktor saya berhenti kerja dulu.
Bebalik kepada 'house chores' yang bertindan2 dan kelemahan saya menguruskan rumahtangga, maka episod pencarian pembantu rumah pun bermula.Akhirnya saya terjumpa satu website yang nampak meyakinkan: http://www.muslimahmaid.blogspot.com/. Meskipun bayarannya bagai mencekik darah, saya tetap memilih agen ni untuk menguruskan pengambilan maid. Doa saya satu, mohon Allah mudahkan urusan jika agen dan maid ini ok (memang ada kelemahan, sikit2 tu biasalah) dan dijauhkan jika sebaliknya. Dalam masa sebulan setengah, tanpa banyak masalah imegresen, akhirnya bibik pun sampai.Memandangkan ini kali kedua saya berbibik(yang pertama 3 tahun lepas,setahun lepas tu bagi kawan sebab baby dah besar), saya cuba untuk tidak mengulangi kesilapan dulu. Satu lagi rujukan website yang bagus ialah http://www.iklaneka.maid.net/ kerana ada disediakan tips2 mengambil PRA.
Sebenarnya ada baik buruknya menggaji maid ni. Senarainya anda boleh rujuk artikel 'Amah Penyelamat atau Penyengat' dari bharian online. Ulasan artikel ini cukup menarik dan berinformatif. Apa pun, kita kena ingat, keluarga masih memerlukan sentuhan kita.Selama mana pun maid akan bersama kita. Entah esok lusa dah hilang. Ada tugasan yang difikirkan logik untuk mereka laksanakan dan ada yang tugas masih menuntut kita menguruskan. Buku 'Manual Kerja Super isteri' juga bagus untuk dimiliki kerana diselitkan topik tugasan pembantu rumah di samping manual kerja yang boleh dijadikan panduan kepada suri di alaf baru ini.
Walau apa pun isu yang timbul dalam hal menguruskan keluarga dan rumahtangga, terserah kepada kebijaksanaan anda. Saya sendiri masih diperingkat belajar dan bertatih cuba mengamalkan ilmu rumahtangga yang diperolehi dan mudahan saya istiqamah melakukannya. Tidak hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.Mungkin website dan buku yang disebutkan sedikit sebanyak dapat membantu anda yang menghadapi situasi yang lebih kurang sama iaitu DILEMA BERBIBIK.