Tuesday, June 23, 2009

Soal Berkat

Tahun 2008, putera sulung mula melangkah ke alam persekolahan, Tahun 1. Ketika saya menyemak latihan English spelling, anak saya mendapat 0/10. Macam nak melatah pun ada. Tapi itulah hakikatnya. Sebenarnya sebelum ni, saya ada mencuba bermacam teknik dan program agar anak boleh membaca termasuklah ke Smart Reader sebagai salah satu usaha membantunya agar boleh membaca. Saya yakin program ini sebenarnya bagus namun method daripada program ni mungkin tidak sesuai untuknya. Saya cuba uji dia membaca, ternyata dia hanya menghafal dan bukan membaca. Jika saya tunjuk buku lain drpd program, dia tak boleh baca.

Satu hari saya bertandang ke rumah kawan dan bertanya bagaimana anaknya boleh membaca BM dan BI dalam usia 5 tahun. Jawapan yg diberikan ialah kaedah fonetik Bacalah Anakku (memang banyak di pasaran). Saya cuba cari di Sabah tapi pada waktu tu tiada stok. Akhirnya dapat cari di internet dan saya beli melalui website adikbijak.com. Banyak buku yang saya rasakan sangat bagus untuk ibubapa muslim terjual di laman web ni.

Sejak membeli buku fonetik ni, saya menghabiskan paling kurang 2-3 kali sehari mengajar Haziq. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan, Haziq boleh membaca dan menulis karangan ringkas BM dan BI. Kadang rasa bagai satu keajaiban bila melihat anak sudah boleh membaca. Itulah kuasa Allah Taala. Baru saya tersedar..

Tanpa disedari, banyak waktu kerja dihabiskan pada waktu petang hanya untuk mengajar anak membaca. Ini termasuk membantunya membuat kerja sekolah. Kalau tunggu balik rumah memang 'confirm' tak sempat. Bila sampai rumah dalam 5.30pm, nak melayan adik2nya pulak. Tidur dalam pukul 8 sebab pukul 5am dah subuh. Hampir 5 bulan perkara ni berlarutan dan saya sering tertanya adakah betul apa yang saya lakukan. Menghabiskan masa waktu petang dengan perkara bukan kerja hakiki (apa yang sepatutnya seorang pekerja lakukan). Ada yang kata kita boleh ganti balik masa kerja yang kita tak buat kerja tu dengan bersihkan gaji...berzakat. Tapi cukupkah duit zakat tu dengan tempoh masa yang dh kita buat benda lain tu? Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman.

Akhirnya, selepas ambil kira semua perkara, kaji baik buruknya, saya nekad berhenti kerja. Namun memandangkan suami bukan le org kaya, maka saya buat kerja part time. Mudahan rezeki yang saya dapat kali ni lebih berkat walaupun sedikit. Setiap pengorbanan ada pulangannya namun saya tak mahu meletakkan diri sebagai terkorban. Jika ada pulangan walaupun sikit, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, saya perlu reda. Sekurang2nya saya sudah berusaha..
Alhamdulillah. Sekeping sijil yang menjadi inspirasi buat Haziq dan adik-adik. Apa yang penting: berusaha dan jangan putus asa.

Thursday, June 18, 2009

Bermula Episod Baru - dari berkarier ke surirumah

Pertengahan 2007, saya telah membuat keputusan mengambil cuti tanpa gaji untuk menghantar putera sulung, Haziq ke N-shiki (pusat perkembangan minda kanak di Desa Melawati) lantaran pujukan mertua yang risau dengan perkembangan Haziq yang agak perlahan berbanding dengan budak lain yang sebaya. Biar saya terus-terang keadaan haziq agar menjadi tauladan buat ibu2 lain. Di usia 6 tahun, Haziq masih tak kenal nama warna2 asas, belum boleh membaca malah huruf abc pun ada yang tidak kenal dan macam2 lagi (tak ingat dah..). Tinggal beberapa bulan lagi nak darjah 1! Risau dibuatnya. Ada juga yang berkata pada saya, biasa lah tu, nanti lama-lama pandai lah dia. Budak lagi, apa nak dirisaukan. Macam mana kalau darjah 1 masih buta huruf, sedangkan budak2 lain dah boleh menulis karangan ringkas. Haruskah saya serahkan saja pada guru sehingga dia pandai sendiri atau berbuat sesuatu?

Keputusan cuti tanpa gaji ini juga pada mulanya agak berat nak dilakukan pada ketika itu. 'Duit' masih menjadi pertimbangan utama kami suami isteri. Tapi demi anak, saya gagahkan juga , namun dalam hati masih 50-50 percaya akan hasilnya. Setelah sesi di N-shiki hampir ke penghujung, pakar di situ berjumpa dengan saya. "Do you concern about your child?", tanya Ms. Re setelah meneliti laporan progress Haziq. Tergamam saya dibuatnya kerana dilontarkan soalan sebegitu. Teruk sangat ke saya ni sehingga keacuhan saya terhadap anak dipersoalkan? Saya cuba menjawab sepertimana jawapan ibu2 lain (mungkin tak sebanyak mana) tapi dalam hati terdetik juga, cukupkah jawapan aku ni untuk membuktikan yang aku 'concern' dengan anak? Ternyata keadaan Haziq sudah cukup memberi jawapan bahawa 'concern' yang saya berikan masih banyak kekurangannya.

Hari demi hari, keegoan saya menerima kelemahan dalam mentarbiyah anak semakin terhakis (moga terus terhakis agar diri sentiasa terbuka menimba ilmu keibubapaan-amin). Benarlah kata orang, rahmatnya ada zuriat, diri kita menjadi semakin terdidik. Jika tidak kerana dek keprihatinan mertua dan teguran dari pakar di N-shiki, mungkin saya masih seperti dulu, selesa dengan apa yang ada. Terima kasih mak. Sebenarnya saya mengagumi cara ibu mertua mendidik anak2nya. Bukan setakat ilmu duniawi, malahan ilmu ukhrawi amat dititik berat. Hasilnya boleh dilihat melalui kejayaan adik-beradik suami dan tingkah laku mereka.

Akhirnya pada ogos 2008, saya nekad berhenti kerja. Suatu keputusan yang menggerunkan bagi kebanyakan wanita berkarier hari ini. Maklum sajalah, tuntutan hidup di zaman alaf baru ni bukan alang2. Tapi kenapa saya meneruskan keputusan yang menggerunkan ini ye? Sebab anak ke? Orang lain pun ada anak jugak. Karier dan rumahtangga sama seimbang (saya pernah cuba mencontohi ibu2 ini namun saya tak secekal mereka). Sebab dah kaya sangat ke? Hujung bulan korek tabung gak. Sebab stress kerja ke? Ada la sikit tapi masih terkawal. Jadi sebab apa ye? InsyaAllah bersambung di'post' yang akan datang.