Satu hari saya bertandang ke rumah kawan dan bertanya bagaimana anaknya boleh membaca BM dan BI dalam usia 5 tahun. Jawapan yg diberikan ialah kaedah fonetik Bacalah Anakku (memang banyak di pasaran). Saya cuba cari di Sabah tapi pada waktu tu tiada stok. Akhirnya dapat cari di internet dan saya beli melalui website adikbijak.com. Banyak buku yang saya rasakan sangat bagus untuk ibubapa muslim terjual di laman web ni.
Sejak membeli buku fonetik ni, saya menghabiskan paling kurang 2-3 kali sehari mengajar Haziq. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan, Haziq boleh membaca dan menulis karangan ringkas BM dan BI. Kadang rasa bagai satu keajaiban bila melihat anak sudah boleh membaca. Itulah kuasa Allah Taala. Baru saya tersedar..
Tanpa disedari, banyak waktu kerja dihabiskan pada waktu petang hanya untuk mengajar anak membaca. Ini termasuk membantunya membuat kerja sekolah. Kalau tunggu balik rumah memang 'confirm' tak sempat. Bila sampai rumah dalam 5.30pm, nak melayan adik2nya pulak. Tidur dalam pukul 8 sebab pukul 5am dah subuh. Hampir 5 bulan perkara ni berlarutan dan saya sering tertanya adakah betul apa yang saya lakukan. Menghabiskan masa waktu petang dengan perkara bukan kerja hakiki (apa yang sepatutnya seorang pekerja lakukan). Ada yang kata kita boleh ganti balik masa kerja yang kita tak buat kerja tu dengan bersihkan gaji...berzakat. Tapi cukupkah duit zakat tu dengan tempoh masa yang dh kita buat benda lain tu? Wallahua'lam. Tepuk dada tanya iman.
Akhirnya, selepas ambil kira semua perkara, kaji baik buruknya, saya nekad berhenti kerja. Namun memandangkan suami bukan le org kaya, maka saya buat kerja part time. Mudahan rezeki yang saya dapat kali ni lebih berkat walaupun sedikit. Setiap pengorbanan ada pulangannya namun saya tak mahu meletakkan diri sebagai terkorban. Jika ada pulangan walaupun sikit, alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, saya perlu reda. Sekurang2nya saya sudah berusaha..
Alhamdulillah. Sekeping sijil yang menjadi inspirasi buat Haziq dan adik-adik. Apa yang penting: berusaha dan jangan putus asa. |
No comments:
Post a Comment