Muqaddimah:
Tujuan post ini ditulis hanyalah sebagai perkongsian dalam mendidik anak mengenal kalamullah. Mudahan kita sama-sama istiqamah mendidik mereka membaca al-Quran. Seterusnya menghafaz dengan makhraj & tajwid yg betul. InsyaAllah, tafsir juga menyusul di samping memperdengarkan kisah-kisah dari al-Quran kepada mereka.
April 2012
Sekali lagi saya rasa permulaan yg agak lewat. Alhamdulillah, entah bagaimana saya terjumpa blog Pn Lina Karim: http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/ yg kini menjadi rujukan saya dalam mendidik anak membaca al-Quran. Sejak anak beliau 6 bulan lagi, Pn Lina sudah memperkenalkan flashcard huruf2 hijaiyah fathah kepada bayinya. Betul kata pn Lina, mengajar bayi lebih mudah berbanding kanak-kanak. Saya pula memperkenalkan kepada Haikal ketika dia sudah pun setahun setengah. Faham2 je lah umur macam ni, dia dah aktif, boleh berjalan dan banyak pergerakan. Jadi konsentrasi ketika sesi flashcard banyak gangguan. Apa yang saya buat sekarang adalah menampal sekeliling rumah huruf2 tersebut di tempat2 tumpuan dengan tulisan yg BESAR. Hanya satu huruf diperkenalkan dalam satu2 masa. Rumah pun sekarang dah macam taska. Kalau turun tangga bersama, saya akan sebut huruf yg ditampal di dinding tepi tangga dan minta dia ulang. Selalunya tak payah suruh ulang pun memang dia akan ikut sebaik sahaja saya sebut huruf tu. Saya mulakan dengan huruf yang mudah disebut oleh bayi iaitu 'ba', 'ma', 'a', 'da', 'wa', 'na' dan 'ya'. Bila dia main diruang tamu, saya tunjuk lagi di dinding yg ada flashcard dan sebut sehingga dia ulang bunyi yang sama. Hari berikutnya saya uji dia, 'ni apa?'. Kalau dia boleh sebut dengan betul, saya gantikan dengan huruf berikutnya. Huruf yg dia dah boleh sebut saya letakkan di satu sudut lain bersusun ikut turutan dan juga akan ditanya setiap hari agar dia tak lupa. Pn Lina ada menjual flashcard huruf hijaiyah ni di website beliau: http://www.islamicparentingnetwork.com.my/ . Ini pun antara online shop tumpuan saya :-).
Apa terjadi kepada abang dan kakak-kakak Haikal? Alhamdulillah Haziq dan Husna dah boleh membaca Quran cuma tajwid dan makhraj yg masih perlu dibantu. Saya tak mengejar khatam tapi biar mereka boleh membaca dengan baik biar pon merangkak-rangkak. Hanim masih peringkat al-Furqan 4 (saya menggunakan kaedah Al-Furqan dari anak yg pertama lagi). Ada juga guru/ibubapa yg menggunakan teknik al-Barqi atau Iqra'. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya ingin pergi kursus teknik al-Barqi ini yg dikatakan bagus juga.
Hafazan tidak dilupakan. Haziq kini cuba hafaz surah Al-Lail, Husna surah Az-Zalzalah dan Hanim surah Al-Maun (hafazan lebih baik dimulakan dari surah akhir dalam Quran macam dalam muqaddam). Namun saya baru sedar banyak tajwid dan makhraj perlu dibaiki dan kami berpatah balik kepada surah al-Fatihah. InsyaAllah saya akan kongsi 'Juz Amma Tracker' untuk memudahkan saya menyemak hafazan anak2.
Jun 2012
Surah Tracker untuk Hanim. Handwriting sebab masa ni belum ada printer. Lepas siap, disimpan dalam transparent plastic (dari clear holder) supaya tak perlu tulis banyak kali. Hanya perlu tulis nama surah dan tanda 'tick' menggunakan nonpermanent marker atas plastik dan padam bila nak tukar surah lain.
JUZ AMMA / SURAH TRACKER
UNTUK TATAPAN & INGATAN HAIKAL
Akhir Jun 2012
Kemajuan, Haziq sudah berjaya hafaz surah Al-Lail, kini surah Asy-Syams. Husna habis surah Az-Zalzalah, kini surah Al-Baiyinah. Hanim sekarang surah Al-Kafirun. Haikal masih belum menunjukkan apa2 progress. Mungkin ibunya on-off ajar dia. Kena cuba teknik baru. Jika berjaya akan di'post'kan di page ini, insyaAllah.
Bagi lebih memudahkan saya 'track' kemajuan hafazan anak2, saya cuba buat 'Juz Amma tracker' sendiri.
Salam
ReplyDeletewah besnya...berapa umur anak yg kecik tu sekarng ne n dah boleh kenal sampai huruf apa ya?