Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Doa Agar Anak Mudah Menghafal Pelajaran



Di samping itu, ajar anak amalkan selalu surah berikut:
  • al-Insyirah 
  • Al-Alaq dalam solat subuh

Catatan Prof Dr Rozieta Syaary


Salam Semua,
Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.

Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Untuk Mengatasi Anak Agresif.

Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut.
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.

Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istighfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.

Thursday, June 28, 2012

Email dari Pn Lina Karim.. sumber inspirasiku


Assalamualaikum Jaja..
Ada beberapa orang bertanya tentang apa jadual harian saya hingga saya, boleh mengajar anak saya dari mengaji, menghafal al Quran hinggalah ilmu-ilmu yang lain lainnya. 
Idea untuk berkongsi jadual harian saya datang dari panggilan telefon dari seorang ibu yang menelefon saya pagi semalam. Berikut adalah perbualannya..
Puan : Assalamualaikum Puan, Tahniah Darwish keluar di TV9 dalam rancangan Pesan Atuk. Dia Baca surah al Mulk.. MasyaAllah lancarnya dia.. Emm.. boleh ke saya bercakap dengan puan sekarang ni? (Mungkin dia dengar bunyi bising di belakang saya)
Saya : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Saya tak tahu pun anak saya keluar TV. Saya tak sempat tengok mana-mana anak saya keluar TV kerana setiap kali mereka keluar, saya tiada di depan TV. Dari selepas subuh saya dah keluar rumah. Sekarang ni saya di luar bersarapan di luar je. (Kebetulan kali itu saya bersarapan dengan suami). Tak sempat nak sarapan dirumah tadi. 
Puan : Puan saya ingin bertanya, apa jadual puan sehari-hari hingga puan ada masa untuk ajar anak? 
Saya : Bukan susah puan. Jika kita mahu, kita boleh cari masa tu.. saya punya masa hanya waktu malam je. Maka waktu malam sahajalah saya mengajar mereka. 
Puan : Puan bekerja ke?
Saya : Tak, saya tak bekerja. Saya berniaga sendiri. Lepas bercakap dengan puan ni saya akan berjumpa dengan supplier barangan, cari produk baru, buat pembelian dan kemudian ambil anak dari sekolah. 
selepas dari itu topik tersebut dipendekkan kerana dia faham saya sedang bersarapan dan sedang mengejar waktu temujanji saya dengan supplier. 
Intisarinya saya tidak bekerja.. tetapi saya banyaaaak kerja. Belum lagi balik untuk menguruskan keluarga lagi.. dan keluar balik untuk urusan lain. (perniagaan yang tidak berkaitan dengan IPN)
Sebenarnya semua orang sibuk. Masa selalu tidak cukup. Balik rumah dah penat, bagaimana nak ajar anak? Bagi saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal 
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
2. Stamina kita. 
Pastikan kita tahu bagaimana cara pernafasan yang  baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise. Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya 'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain . Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah. Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat. Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya dahulu adalah Applied Science.
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan untuk mengaji, biar mereka tidur) 
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau tidak.  Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress melihat pencapaian anak. 
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya?
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi. Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan motivasi.
Ini adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu. Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya, tidak kemana juga akhirnya. Untuk maklumat lanjut untuk ilmu mengajar al Quran pada anak, boleh layari http://darwishndarwisya.blogspot.com/   InsyaAllah semoga semua ibubapa bijak 'mendapatkan' masa untuk mengajar anak anak mereka. 
Ikhlas dari,
 Lina Karim
h/p: 019 230 8080