Tuesday, February 8, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit..

Sedar tak sedar, dah 10 tahun saya melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang. Macam-macam ujian & cabaran yg ditempuhi, segala macam usaha cuba dilakukan agar rumahtangga dibina kukuh & masih di landasan yg diredhai Allah.

Kami bermula dgn kepayahan sebenarnya, tapi ada orang lain yg mungkin lebih susah. Dengan kenderaan motosikal 'kriss' & gaji suami sebagai pelatih jurutera ($400) itulah kami mulakan hidup. Tinggal pulak kat rumah flat. Tu laa.. gatal nak kawin awal :-). Alhamdulillah saya ada biasiswa masa tu, kira masih ok. Cuma jika dibandingkan dgn hidup kami sekarang, agak jauh beza. Tak dapat saya bayangkan kalau zaman tu berulang lagi.

Sedekad bersama, pasti ada tikanya 'perang dingin', 'perang bisu', kecil hati, makan hati, marah, geram, sampai rasa nak cabut lari pun ada.. dah la ada lesen kereta, anytime je boleh cabut. Kadang sempat terfikir, mana aku nak lari? Nak duduk kat mana? Macam mana nak buat agar jejak tak dikesan.. hish macam-macam fikiran ni kalau tengah tak betul. Setakat ni tak pernah pun berjaya rancangan tu sebab biasanya dapat 'settle' secepat mungkin. Saya bukan jenis boleh pendam rasa tak puas hati. Tunggu masa sesuai saya akan luahkan terus (biasalah.. dengan cucuran  air mata), begitu juga suami dan alhamdulillah masing-masing boleh mendengar dgn hati terbuka walau pun kekadang mengambil masa untuk terima kesilapan sendiri.

Suami saya bukanlah romantik orangnya (memang dari belum kahwin maintain sampai sekarang) but 'actions speak louder than words'. Sebagai suri hidupnya, saya tak banyak berharap sebab kalau sering berharap, pasti kecewa menanti. Kalau dapat apa yg diharapkan, itu kira bonus. Apa yg penting, masing-masing tahu peranan masing-masing, sentiasa baiki diri dan usaha agar kasih sayang sentiasa mekar. Tiada tips tertentu dalam resepi kebahagiaan rumahtangga. Doa..doa.. dan doa.. itu yg utama.

Secebis kenangan ketika ulang tahun perkahwinan ke 10. Thank you, darling..