Suami mahu saya lebihkan tumpuan pada anak-anak kerana dia adakala tak mampu berada dengan mereka sepenuhnya lantaran kesibukan tugasan beliau. Memang itu sudah tuntutan, tanggungjawab mencari nafkah keluarga adalah pada suami.
Saya juga ada pembantu rumah. Mungkin ini juga faktor penyebab saya ingin bekerja semula. Pernah saya nyatakan hasrat tidak mahu lagi pembantu rumah kerana saya sendiri tak bekerja dan dapat berjimat tapi suami tak bersetuju atas beberapa alasan. Pernah saya mendengar/menonton siaran dari seorang ustaz. Adanya pembantu rumah bukanlah suatu lambang 'kesenangan' atau 'kemewahan hidup' namun ia suatu keperluan sebenarnya apabila suami tak mampu membantu isteri menguruskan rumah tangga. Perlu diingat, pengurusan rumah tangga dan anak-anak bukan terletak di atas bahu isteri semata-mata. Namun jika isteri mampu melakukan segalanya dengan ikhlas, Alhamdulillah. Memanglah anak dah 4 orang ni, agak tunggang langgang rumah kalau tiada pembantu. Tambahan pula, saya sedang hamil lagi. Suami bimbang kalau saya kepenatan, kesihatan saya terjejas serta anak-anak dan dia terabai. Oklah.. Saya mengalah. Memang saya tak mampu nak urus segalanya sendiri. Saya akui saya bukan 'superwoman'.
Tak mengapalah.. Syukur apa yang dimiliki sekarang. Mungkin tak semewah org lain namun segalanya cukup. Ramai lagi yg kurang bernasib baik di luar sana. Alhamdulillah... Apa lagi yg boleh saya ucapkan.
* sewaktu menulis blog ni, bibik tengah bercuti ke kampung halamannya... dan rupa-rupanya tak balik-balik lagi... huhuhu. Sekarang kena la jadi 'wonder woman' :-D