Monday, April 16, 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa

Do you know that one of my favourite online shop is
http://telekungnajwa.blogspot.com/

Telekungnajwa offers you: 
  • Varieties of attires for solah such as telekung/prayer outfit (with adorable designs), sejadah/praying mat (with stylish design bags), abayas, and latest is kain pelekat/sarong for boys (with attractive designs.. will be in my wish list insyaAllah). 
  • Beneficial tips.   
    1. Saving money with existing telekung. Telekungnajwa offers repair your existing telekung by smocking at finishing forehead. 
    2. Ways to encourage young children to pray.
  • Photos of products with  simple and easy descriptions. 
Hunting for good quality solah attire at reasonable price while saving time... Telekungnajwa is my suggestion.


Here I'm tagging following friends..
Wina, Milah, and Mida Ali


* This blog belongs to my schoolmate, Yusz, and also one of my inspiring person who has incredible strength and spirit in passing through her tough time. May Allah grant you syifa and ease upon eases, Yusz.. Amin Ya Rabbal 'Alamin *

Tuesday, February 8, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit..

Sedar tak sedar, dah 10 tahun saya melayari bahtera rumahtangga bersama suami tersayang. Macam-macam ujian & cabaran yg ditempuhi, segala macam usaha cuba dilakukan agar rumahtangga dibina kukuh & masih di landasan yg diredhai Allah.

Kami bermula dgn kepayahan sebenarnya, tapi ada orang lain yg mungkin lebih susah. Dengan kenderaan motosikal 'kriss' & gaji suami sebagai pelatih jurutera ($400) itulah kami mulakan hidup. Tinggal pulak kat rumah flat. Tu laa.. gatal nak kawin awal :-). Alhamdulillah saya ada biasiswa masa tu, kira masih ok. Cuma jika dibandingkan dgn hidup kami sekarang, agak jauh beza. Tak dapat saya bayangkan kalau zaman tu berulang lagi.

Sedekad bersama, pasti ada tikanya 'perang dingin', 'perang bisu', kecil hati, makan hati, marah, geram, sampai rasa nak cabut lari pun ada.. dah la ada lesen kereta, anytime je boleh cabut. Kadang sempat terfikir, mana aku nak lari? Nak duduk kat mana? Macam mana nak buat agar jejak tak dikesan.. hish macam-macam fikiran ni kalau tengah tak betul. Setakat ni tak pernah pun berjaya rancangan tu sebab biasanya dapat 'settle' secepat mungkin. Saya bukan jenis boleh pendam rasa tak puas hati. Tunggu masa sesuai saya akan luahkan terus (biasalah.. dengan cucuran  air mata), begitu juga suami dan alhamdulillah masing-masing boleh mendengar dgn hati terbuka walau pun kekadang mengambil masa untuk terima kesilapan sendiri.

Suami saya bukanlah romantik orangnya (memang dari belum kahwin maintain sampai sekarang) but 'actions speak louder than words'. Sebagai suri hidupnya, saya tak banyak berharap sebab kalau sering berharap, pasti kecewa menanti. Kalau dapat apa yg diharapkan, itu kira bonus. Apa yg penting, masing-masing tahu peranan masing-masing, sentiasa baiki diri dan usaha agar kasih sayang sentiasa mekar. Tiada tips tertentu dalam resepi kebahagiaan rumahtangga. Doa..doa.. dan doa.. itu yg utama.

Secebis kenangan ketika ulang tahun perkahwinan ke 10. Thank you, darling..

Tuesday, December 14, 2010

Homeschooling angan2 ku


Masa berhenti kerja dulu, ingatkan nak buat homeschooling untuk husna & hanim sebab diorg baru 4-5 tahun. Tapi..mm tapi lagi, banyak nya alasan. Ada faktor2 yg tk dapat sy jelaskan kenapa saya rasa tak mampu nk lakukannya sepenuh masa. Kalau ada ibu2 yg nak buat homeschooling ni mmg saya tabik dan respect habis. Ianya satu perpektif baru dalam pendidikan anak2 bagi saya.

Di negara kita ni saya tak pasti sejauh mana masyarakat kita menerima homeschooling tapi di barat sana kaedah ni dah banyak berkembang dan breed daripada homeschooling ni tak kurang hebatnya daripada anak2 yg bersekolah biasa. Saya pernah lihat di kaca tv dan bertemu dgn ibu yg buat homeschool. Memang diorg ni cekal dan kuat semangat.

Bawah ni saya senaraikan website yg berkaitan dgn homeschool dan preschool education. Kita boleh cuba kat rumah sekali sekala ikut tahap kesibukan.

http://talibiddeenjr.blogspot.com/
http://www.cahayarumahku.com/
http://cinta-rasul.blogspot.com/
http://schoolingandhome.wordpress.com/
http://littlekittle.com/blog/


Household Notebooks: A Great Tool for Organizing Your Home

Household Notebooks: A Great Tool for Organizing Your Home

Friday, August 20, 2010

Hanim yg tak nak pegi sekolah...

Rasa dah macam2 cara nk pujuk anak sorang ni pegi sekolah tapi gagal... nk paksa (dah paksa pun) tapi bila tengok nangis dan nampak tak happy, rasa kesian la pulak. Ke saya salah pilih sekolah. Taknak la tindakan yg saya buat tu beri kesan kat dia seumur hidup. Hanim dah 5 tahun. Dulu masa kat tadika UMS (PEKA), dialah yg paling happy nak pegi sekolah. Kalau kakak nye (6 thn) tk nak pegi, dia tak kisah. Sanggup pegi sorang2. Saya memang suka tadika tu. Cikgu Zaleha, Ust. Maini dan Cikgu Patmah. Semuanya berdedikasi mendidik. Maybe diorang ni ada amik kursus psikologi kanak2 kot. Approach yg mereka guna hasil penyelidikan UMS memang memuaskan hati saya dan suami. Tak kisah la anak tak pernah ade homework pun, yg penting dia seronok pegi sekolah dan selalu ade cerita baru berkenaan apa yg dia dah buat kt sekolah.
Last2, saya hantar dia pergi playschool kat susuibu.com (program alims kid). Sayang nya program tu seminggu sekali. Tapi output yg saya lihat pada hanim sungguh memberi kesan. Sekarang ni dia kira homeschool je dengan saya itu pun on-off sebab saya agak sibuk dengan phd dan baby. Walau apa pun, saya akan cuba usaha untuk dia boleh membaca (BM, BI, Iqra) sblm 6 tahun. Huruf abc dah kenal dan dah boleh tulis nama sendiri. Cuma membaca je belum lagi.
Pesanan untuk diri sendiri: Mak aja, jgn cakap aje, buat apa yang dirancang.



Semoga menjadi anak-anak mak&abah yg soleh dan solehah

Wednesday, August 18, 2010

BERSYUKUR


Manusia memang tamak, tak pernah puas dengan apa yg ada padanya.. betul ke? Dah dpt yg baik, nak yg lebih baik lagi. Sebab nak cari kepuasan diri (rasa ada kebaikan utk family) maka saya amik keputusan pindah ke semenanjung dari sabah. Anak2 dah makin besar, saya risau kalau2 didikan yg saya beri kt sini tak mencukupi. Bukan kat sini takde sekolah yg bagus2 tapi sebab lokasi yg agak jauh + tak menepati citarasa (sume yg saya nak ade banyak kat bangi especially bab2 child edu). Kt rumah kalau setakat ajar asas fardu ain dan asas 3M tu boleh la tapi yg lelain rasa tk terbuat. 'Anak dah empat. Macam2 benda kena buat'. Macam pantun 2 kerat pulak J
Bila dah pindah sini, alhamdulillah, sekolah dekat dengan rumah dan boleh kata semua benda la dekat tapi cabaran makin banyak. Maklum la makin dekat dengan saudara mara. 'Jauh bau wangi, dekat bau busuk'. Hish.. kita cuba positif kan pepatah tu, 'dekat lagi wangi!'. Ha.. baru la sedap sikit dengar. Masa pindah sini pun saya bukan lah nk lari dari masalah, sbb org kata kalau nak lari dari masalah, masalah lain pulak yg akan timbul. Cuma rasa nk penghidupan yg lebih baik. Cabaran paling besar ialah terpaksa berjauhan dengan suami.
Tapi bila dah berjauhan, kerap pulak dia balik sbb selalu dapat on job training atau kursus kt sini. Rezeki dari Tuhan... Lagi kerap pulak kami dapat bersama. Kalau dia kena posting ke mana2, selalu dpt ikut mcm ke trengganu,Sandakan n JB. Mcm holiday pulak kitorg. 'enjoy while still can'. Bulan pose ni pun syukur suami dapat kursus kt sini sebulan, dapat la berpuasa & raya sama2. Kalau tahun yg lepas2, habis solat raya, dia terus kena balik sabah bertugas, tinggallah saya & anak2 beraya sendiri di kampung.
Cabaran lain.. sambung belajar lagi. Gerun sebenarnya nak menaikkan tahap akademik ni sbb macam2 cerita dan pengalaman org yg saya dengar. Tambah lagi ade baby. Tapi saya rasa diri ni bertambah efektif bila sibuk. Kalau ade masa, sy akan attach daily schedule dan informasi lain berkenaan 'working breastfeed mom'. Ambil phd ni saya rasa sesuatu yg paling fleksible untuk saya dan family. Habis phd nk ke mana pulak? Hmm.. tu yg tengah fikir ni.

Tuesday, July 14, 2009

Dilema ber'bibik'

"Ada 'highway' kat lengan baju ni", komplen hubby bila nampak lengan bajunya ada 2 side. Terpaksalah saya gosok semula uniform kerjanya supaya jadi 1 line semula. Tengah gosok baju ada pulak suara kecil datang, "mak, Hanim nak tu...".Kemudian datang pulak suara lain, "mak, Husna nak pan cake, bukan mee goreng...". "Mak, boleh mak semak homework saya?" Lagi satu suara hadir. Begitulah keadaannya yang kadangkala serentak dalam satu masa. Tolong!!! Perasaan stress mula menjelma. Akhirnya saya akur yang saya bukan lah 'superwoman', mampu lakukan segala kerja rumah dan melayani kehendak suami dan anak2 dengan baik.Apa lagi jalan penyelesaian, BIBIK laa jawapannya.

Meskipun sudah tak bekerja sepenuh masa, saya banyak mengurus hal keluarga. Pagi hantar anak pegi sekolah 15 km jauhnya, pastu mengajar part time. Tengahari ambil anak,masak, tengok homework anak, ngajar anak mengaji termasuk menguruskan rumah 2 tingkat ni. Kekadang, ada juga tugas suami yg saya ambil alih kerana waktu kerjanya yang tak menentu.Pada anda yang suami bekerja isnin-jumaat, 8-5, cuti sabtu ahad, bersyukurlah kerana ada banyak masa bersama. Kalau bekerja di jabatan yang sama, lagilah bertuahnya.. Mungkin ini salah satu faktor saya berhenti kerja dulu.

Bebalik kepada 'house chores' yang bertindan2 dan kelemahan saya menguruskan rumahtangga, maka episod pencarian pembantu rumah pun bermula.Akhirnya saya terjumpa satu website yang nampak meyakinkan: http://www.muslimahmaid.blogspot.com/. Meskipun bayarannya bagai mencekik darah, saya tetap memilih agen ni untuk menguruskan pengambilan maid. Doa saya satu, mohon Allah mudahkan urusan jika agen dan maid ini ok (memang ada kelemahan, sikit2 tu biasalah) dan dijauhkan jika sebaliknya. Dalam masa sebulan setengah, tanpa banyak masalah imegresen, akhirnya bibik pun sampai.Memandangkan ini kali kedua saya berbibik(yang pertama 3 tahun lepas,setahun lepas tu bagi kawan sebab baby dah besar), saya cuba untuk tidak mengulangi kesilapan dulu. Satu lagi rujukan website yang bagus ialah http://www.iklaneka.maid.net/ kerana ada disediakan tips2 mengambil PRA.

Sebenarnya ada baik buruknya menggaji maid ni. Senarainya anda boleh rujuk artikel 'Amah Penyelamat atau Penyengat' dari bharian online. Ulasan artikel ini cukup menarik dan berinformatif. Apa pun, kita kena ingat, keluarga masih memerlukan sentuhan kita.Selama mana pun maid akan bersama kita. Entah esok lusa dah hilang. Ada tugasan yang difikirkan logik untuk mereka laksanakan dan ada yang tugas masih menuntut kita menguruskan. Buku 'Manual Kerja Super isteri' juga bagus untuk dimiliki kerana diselitkan topik tugasan pembantu rumah di samping manual kerja yang boleh dijadikan panduan kepada suri di alaf baru ini.

Walau apa pun isu yang timbul dalam hal menguruskan keluarga dan rumahtangga, terserah kepada kebijaksanaan anda. Saya sendiri masih diperingkat belajar dan bertatih cuba mengamalkan ilmu rumahtangga yang diperolehi dan mudahan saya istiqamah melakukannya. Tidak hanya 'hangat-hangat tahi ayam'.Mungkin website dan buku yang disebutkan sedikit sebanyak dapat membantu anda yang menghadapi situasi yang lebih kurang sama iaitu DILEMA BERBIBIK.