Saturday, August 24, 2013

PhD angan ku & Bumi Sandakan nan Permai

PhD oh PhD...
Tak tergamak rasanya nak bazirkan lg duit suami membayar yuran setiap semester sedangkan output yg dapat saya berikan hanya sedikit.. dah 3 semester bergelumang dgn journal, matlab dan sebagainya, ternyata saya dah tak mampu nak meneruskan lg pengajian peringkat dr falsafah ni.. Apa jua alasan yang diberikan sebenarnya tak menjadi faktor. Bak kata pepatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih'..

http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2008/04/bukan-mudah-dapat-phd.html

Hijrah Ke Sandakan
Atas pelbagai faktor, saya ambil keputusan tangguhkan dulu pengajian. Satu lagi keputusan yg paling drastik dalam hidup adalah berpindah ke Sandakan untuk kembali hidup dalam satu keluarga (bukan lagi sorang sini, sorang sana, hujung minggu baru jumpa). Alhamdulillah.. Banyak kelegaan yang Allah kurniakan bila berada di sini lebih-lebih lagi bila suami berada disisi. Anak-anak pun bagaikan redha dengan penghijrah ini.

Kelab Renang Sandakan
Siapa sangka, amat mudah mereka menyesuaikan diri dengan suasana baru terutama persekolahan. Mereka juga menyertai kelab renang iaitu Sandakan Swimming Association. Sesi latihan adalah di Kompleks Sukan Sandakan, 4-6pm setiap hari kecuali Isnin (hanya anak-anak saya sahaja Melayu, lain-lain adalah berbangsa Cina). Alhamdulillah... penerimaan mereka dari kelab ini amat baik biarpun berlainan bangsa. Di samping aktiviti riadah yang menyihatkan badan, saya dan suami ingin anak-anak belajar bergaul dengan mereka. Penting untuk kemahiran sosial anak-anak suatu hari nanti. Suami begitu komited dengan latihan renang anak-anak. Hasilnya, Haziq berjaya mengalahkan rakan-rakan dari kelab lamanya dari Putrajaya setiap kali menyertai Kejohanan Renang di Semenanjung dengan catatan masa yang memberansangkan. Terima kasih Coach Derick dan Coach Mike!

Apa ada di Sandakan?
Banyak bah! Antaranya

  • Taman Sepilok (ini tempat wajib kalau ke sini ya... boleh jumpa gang kita... Orang Utan! )
  • RDC (Rainforest Discovery Centre) - dekat Sepilok jugak
  • Taman Buaya Sandakan
  • English Tea House / Agnes Keith House
  • Alice's Restaurant - chinese muslim dishes
  • Sim Sim 88 Restaurant - seafood
  • WCL Restaurant 


No comments:

Post a Comment