Thursday, May 25, 2017

Ramadhan Kareem!

Bulan puasa muncul lagi. Apa persediaan anda untuk menghadapi bulan penuh barakah ini? Jika buntu, saya kongsikan beberapa idea yang anda boleh aplikasikan dan silalah ubah suai jika perlu. Semoga bermanfaat..

1. Buatkan kalendar Ramadhan. Tandakan hari-hari yg sudah berlalu. Pasti mengujakan!




2. Senarai Semak Aktiviti Bulan Ramadan. Jika ingin beri ganjaran, silakan. Terutama jika semua amalan ditanda penuh 😊



2. Download lagu-lagu MP3 yang berkaitan dengan bulan Ramadhan. Pasangkan di kereta atau di bilik.

3. Ceritakan pada anak-anak peristiwa yg berlaku pada bulan Ramadhan:

4. Let's keep them busy mom!! Try these activities:




>> Wordsearch
Wordsearch
>> Decorate your house 


>>  Cook with them.. simple menu of course

>>  TABUNG SEDEKAH. Ajak mereka buat tabung ni dan hias agar menarik.  Jangan lupa pula keluarkan dan masuk di mana2 tabung masjid atau tabung-tabung berkaitan agar niat sedekah tu sampai.. hihi.
Tabung sedekah
>> Banyak lagi aktiviti menarik yg boleh kita lakukan. Lawati webpage Karisma Crafts untuk pelbagai idea menarik. Saya ada simpan juga buku aktiviti Ramadan dalam fail PDF. Boleh email saya di

 jshaliza@gmail.com 

untuk dapatkan secara percuma 😊

Ramadhan Kareem 💕💕💕









Thursday, November 21, 2013

Sydney Trip (September 2012)

Day 1

  • Sampai di Sydney jam 8 pagi. 
  • Naik bus ke hotel: Oaks Goldsbrough Apartment. Ada larian Sydney blackmore, so driver bus turunkan kami kat jalan lain yg berdekatan. 
  • Tinggalkan barang sbb lama lagi baru boleh cek in. Naik bus doubledecker 'hop on hop off'. Satu tiket boleh pakai 3 hari utk lawat sekitar bandar Sydney. Bas ni ada 2 trip, satu bandar sydney, satu lagi Bondi (area pantai). Kami terus naik sampai Bondi, makan fish & chip. Lepas tu budak2 main tepi pantai. Sebab hari Ahad, ramai betul org kat pantai ni. Balik hotel, kasut haikal tercicir sebelah. 
  • Pergi kedai 'friendly Grocer' beli barang utk masak. Menu malam ni: sayur campur, kari kosong, Malam tidur awal, jam 8 semua dah pengsan

Hop on Hop off Doubledecker

Bondi Beach

Oaks Goldsborough Apartment Hotel

Dinner for 1st day.. Simple
Day 2

  • Breakfast roti & nasi goreng. 
  • Naik bas lagi, kali ni pergi Taronga Zoo. Sebelum tu pergi area Opera House amik gambar. Then jalan kaki ke Circular Quay utk naik feri ke zoo. 
  • Pemandangan bandar Sydney & Harbour Bridge yg sgt cantik sepanjang naik feri. Balik zoo naik cable car. Then naik feri utk balik. 
  • Malam pergi rumah Faiz, anak auntie Rohaya. Dia siap sewa van utk bawa kami ke rumah dia di Western Sub. Wife Faiz, Nabilah masak tomyam & ayam masak merah. Anak Faiz, Ariffin & Ayesha.


Opera House, captured from ferry

Taronga Zoo

Rumah Faiz & Nabilah

Day 3

  • Breakfast puding roti, tuna, nasi goreng. 
  • Jalan2 sekitar harbourside dan ke Tumbalong Park. Playground yg sgt menarik. 
  • Then naik bas ke bandar utk ambil kereta sewa di Europcar. Dapat sewa Kia Carnival
  • Masa ni alhamdulillah.. dapat balik kasut haikal.
  • Then pergi pekan arab, Lakemba. Makan tghari dan beli buah. menu malam: kari ayam, sayur campur, telur brokoli & air mangga pure punya.. 
  • Mlm pergi rumah tok cik. Mkn kuih karipap, dan juadah raya.

Tumbalong Park

Buaian di Tumbalong Park


Rumah Tok Chik

Day 4

  • Ke Blue Mountain - echo point, amik gambar di three sisters. 
  • Otw back, singgah Featherdale wildlife dan shopping buah kat Fresh Fruits Mart. 
  • Malam ke rumah Syahida (member matrik Mozac). Mak Tok & Tok Wan tak ikut, jalan2 bandar Sydney. Syahida masak lontong & paling special... macaroon.


The Three Sisters, Blue Mountain
Koala at Featherdale Wild Life
Featherdale Wildlife Park

Rumah Syahida


Day 5
  • Sebelum checkout, pergi fish market, makan seafood platter. 
  • Balik hotel baru prasan handbag husna yg berisi psp tetinggal kat fish market. 
  • Then tghari ke airport. Terjumpa pegawai MAS yg kenal tok chik.
Fish Market


Seafood Platter for breakfast


Saturday, August 24, 2013

PhD angan ku & Bumi Sandakan nan Permai

PhD oh PhD...
Tak tergamak rasanya nak bazirkan lg duit suami membayar yuran setiap semester sedangkan output yg dapat saya berikan hanya sedikit.. dah 3 semester bergelumang dgn journal, matlab dan sebagainya, ternyata saya dah tak mampu nak meneruskan lg pengajian peringkat dr falsafah ni.. Apa jua alasan yang diberikan sebenarnya tak menjadi faktor. Bak kata pepatah 'nak seribu daya tak nak seribu dalih'..

http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2008/04/bukan-mudah-dapat-phd.html

Hijrah Ke Sandakan
Atas pelbagai faktor, saya ambil keputusan tangguhkan dulu pengajian. Satu lagi keputusan yg paling drastik dalam hidup adalah berpindah ke Sandakan untuk kembali hidup dalam satu keluarga (bukan lagi sorang sini, sorang sana, hujung minggu baru jumpa). Alhamdulillah.. Banyak kelegaan yang Allah kurniakan bila berada di sini lebih-lebih lagi bila suami berada disisi. Anak-anak pun bagaikan redha dengan penghijrah ini.

Kelab Renang Sandakan
Siapa sangka, amat mudah mereka menyesuaikan diri dengan suasana baru terutama persekolahan. Mereka juga menyertai kelab renang iaitu Sandakan Swimming Association. Sesi latihan adalah di Kompleks Sukan Sandakan, 4-6pm setiap hari kecuali Isnin (hanya anak-anak saya sahaja Melayu, lain-lain adalah berbangsa Cina). Alhamdulillah... penerimaan mereka dari kelab ini amat baik biarpun berlainan bangsa. Di samping aktiviti riadah yang menyihatkan badan, saya dan suami ingin anak-anak belajar bergaul dengan mereka. Penting untuk kemahiran sosial anak-anak suatu hari nanti. Suami begitu komited dengan latihan renang anak-anak. Hasilnya, Haziq berjaya mengalahkan rakan-rakan dari kelab lamanya dari Putrajaya setiap kali menyertai Kejohanan Renang di Semenanjung dengan catatan masa yang memberansangkan. Terima kasih Coach Derick dan Coach Mike!

Apa ada di Sandakan?
Banyak bah! Antaranya

  • Taman Sepilok (ini tempat wajib kalau ke sini ya... boleh jumpa gang kita... Orang Utan! )
  • RDC (Rainforest Discovery Centre) - dekat Sepilok jugak
  • Taman Buaya Sandakan
  • English Tea House / Agnes Keith House
  • Alice's Restaurant - chinese muslim dishes
  • Sim Sim 88 Restaurant - seafood
  • WCL Restaurant 


Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti Maulidur Rasul


Sempena Maulidur Rasul esok hari, saya minta anak-anak menyenaraikan sunnah-sunnah Rasulullah. Ini hasilnya... :-D


Kira ok la kan. Cari punya cari sumber yang lebih lengkap, akhirnya terjumpa satu blog ni. Terima kasih blog http://impian-nurkasih.blogspot.com kerana menyenaraikan akhlak-akhlak rasulullah.

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W Yang Perlu Kita Hayati

1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3. Sangat elok dan sempurna wajahnya
4. Baginda memilik perasaan yang halus
5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya
12. Suka membalas hadiah
13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
28. Amat kasih terhadap umatnya
29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
33. Suka menziarahi orang sakit
34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
37. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

POSTED BY RIJAL EL-IBTIKARIYY

Tuesday, December 25, 2012

Kembali berkerja?

Sewaktu diri ini berkira-kira untuk kembali berkarier, suami akhirnya berkata "buat part time cukuplah. Abang masih mampu menanggung Aja dan anak-anak". Allahuakbar. Saya terpaku seketika. Apa sebenarnya menyebabkan saya tiba-tiba rasa nak bekerja semula? Memang pada tika ini saya rasa diri ini 'useless + hopeless'. Tak mampu bantu dia mengurangkan beban belanjawan keluarga. Hutang peribadi pun masih berbaki. Aura pendidik masih ada dalam jiwa. Bercampur rasa bosan.. Tu antara penyebabnya mungkin. Teringin juga nak buat 'home biz', namun tak pandai.. Agaknya memang tiada 'pattern' peniaga. Namun jauh disudut hati, Insyaa-Allah suatu hari nanti akan diterokai juga. 


Suami mahu saya lebihkan tumpuan pada anak-anak kerana dia adakala tak mampu berada dengan mereka sepenuhnya lantaran kesibukan tugasan beliau. Memang itu sudah tuntutan, tanggungjawab mencari nafkah keluarga adalah pada suami.

Saya juga ada pembantu rumah. Mungkin ini juga faktor penyebab saya ingin bekerja semula. Pernah saya nyatakan hasrat tidak mahu lagi pembantu rumah kerana saya sendiri tak bekerja dan dapat berjimat  tapi suami tak bersetuju atas beberapa alasan. Pernah saya mendengar/menonton siaran dari seorang ustaz. Adanya pembantu rumah bukanlah suatu lambang 'kesenangan' atau 'kemewahan hidup' namun ia suatu keperluan sebenarnya apabila suami tak mampu membantu isteri menguruskan rumah tangga. Perlu diingat, pengurusan rumah tangga dan anak-anak bukan terletak di atas bahu isteri semata-mata. Namun jika isteri mampu melakukan segalanya dengan ikhlas, Alhamdulillah. Memanglah anak dah 4 orang ni, agak tunggang langgang rumah kalau tiada pembantu. Tambahan pula, saya sedang hamil lagi. Suami bimbang kalau saya kepenatan, kesihatan saya terjejas serta anak-anak dan dia terabai. Oklah.. Saya mengalah. Memang saya tak mampu nak urus segalanya sendiri. Saya akui saya bukan 'superwoman'. 

Tak mengapalah.. Syukur apa yang dimiliki sekarang. Mungkin tak semewah org lain namun segalanya cukup. Ramai lagi yg kurang bernasib baik di luar sana. Alhamdulillah... Apa lagi yg boleh saya ucapkan.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam usahaku menguruskan rumahtangga ku ini. Kurniakan aku sedikit kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anakku. Murahkan rezeki kami agar dapat memanfaatkannya ke jalan yg Engkau redhai.

* sewaktu menulis blog ni, bibik tengah bercuti ke kampung halamannya... dan rupa-rupanya tak balik-balik lagi... huhuhu. Sekarang kena la jadi 'wonder woman' :-D



 

Wednesday, October 24, 2012

Stok Ayam

Bahan-bahan:
Tulang ayam dan kulit ayam
3-5 btg saderi - potong panjang 2 inci
Secekak daun parsley - ikat
2-3 biji bawang bombay (kuning) - belah 4
1-2 btg lobak merah - dadu kasar
1/2 sdk serbuk lada hitam
Sikit garam - tak letak pun takpe
Seperiuk besar air

Cara: Rebus kesemua bahan dalam periuk dengan api sederhana. Bila dah mendidih, perlahankan api, reneh hingga 4 jam. Sejukkan dan tapis utk diambil stok sahaja. Agihkan dalam bekas ikut keperluan dan simpan dalam freezer.

Surah Pilihan Ketika Hamil


Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.