Thursday, October 18, 2012

Kek Puding Karamel

Dalam banyak-banyak percubaan, ini yg paling menjadi.. Alhamdulillah. Taklah susah sangat nak buatnya.



KEK PUDING KARAMEL

Terima kasih kepada http://myresipi.com/top/detail/910


Ikan Masak Asam Jawa

Resepi ni tersangatlah ringkas. Khas buat ibu2 yg dah takde bibik (tak boleh spend masa lama2 kat dapur, byk lagi kerja nak buat).  Belajar dari makcik hubby (Mak Ngah Normah) tapi version mcm dah tak sama. Air tangan pun lain-lain kan. Pre-cook cuma goreng ikan dulu. Biasanya guna ikan tenggiri. Ibu berpantang pun boleh makan lauk ni.

Bahan-bahan:


Sama mcm dalam gambar ni:
halia, bawang benggala, bawang putih, bawang kecil dan cili api (optional)
+
1/2 mangkuk air asam jawa, 2 sdb gula, 1 sdk garam, sikit minyak utk menumis

Cara-cara:
Tumis halia, bwg putih & bwg merah sampai naik bau. Lepas tu masukkan air asam. Kacau dan masukkan gula, garam, bawang benggala & cili api. Agak2 layu bawang, tutup api dan tuang kuah atas ikan tenggiri yg dah siap goreng tadi. Siap. Ni hasilnya
IKAN MASAK ASAM JAWA

Thursday, August 30, 2012

Kisah Aidilfitri dan buku 'Bukan Sekadar Resepi'

Di pagi raya aidilfitri lalu, hati tersentuh dek teguran orang tua kerana masakan kurang manis. Bingung pun ada sebab dalam satu rumah, ada pelbagai lidah, pelbagai citarasa. Ada yg nak lebih manis, ada nak yg kurang manis, ada yg nak pedas, ada yg tak nak pedas, ada nak kurang masin dan sebaliknya.. Nak diturutkan semua kehendak, carca marba lah jadinya. Itulah kuasa Allah Ta'ala, mengurniakan citarasa berlainan pada setiap manusia. Menjadi orang dapur di kala keramaian keluarga bukanlah satu perkara mudah dan saya bukan pakar dalam hal ini, namun saya gagahkan juga. Alah bisa, tegal biasa.. pujuk hati ini.

Namun, teguran di pagi itu menyebabkan 'mood raya' saya hilang walhal teguran itu hanyalah biasa-biasa saja yg harus diambil positif. Nadanya pun ikhlas, bukan gaya memerli atau mencerca. Nampaknya bisikan iblis yg baru terlepas dari rantai Ramadhan hampir berjaya. "Lepas ni, kalau masak kat rumah xxx, kalau ada orang ni, saya dah tak nak masak xxx" luahan hati kepada suami sewaktu perjalanan ke masjid untuk solat raya. Suami hanya diam, sesekali memberi respon yang nadanya tidak mengiyakan atau menidakkan. Itu yg saya perlukan diwaktu ini, hanyalah pendengar setia, bukan penasihat atau kaunselor kerana emosi yang masih di luar tahap kewarasan. Masakan tersebut memang biasa saya masak pada hari raya atas permintaan ramai terutama suami namun bila berdepan dengan pakar masakan seorang ini, emosi saya tewas kerana sering di'komplen'. Astaghfirullah. Seusai sesi bersalaman dan bermaafan, saya termenung memikirkan tindakan saya yang terlalu mengikut emosi sebentar tadi.

Di rumah mak sendiri, sekali lagi saya ditegur tapi resepi yang lain pula. "Engkau ni kalau masak kuah kacang selalu pekat. Kena cairkan sikit dan lebihkan manis". Anehnya kali ni saya tak pula rasa apa-apa. Mungkin kerana ibu sendiri yg menegur. Hmm.. betul la tu, kalau dah 2-3 orang menegur, perlu lah dibaiki masakan tu. Alhamdulillah ada kakak ipar yg 'sporting' memberi tunjuk ajar macam mana nak baiki resepi kuah kacang dan sudah pun dipraktikkan sewaktu membuat jamuan raya di rumah sendiri baru-baru ini.

Sewaktu ke kedai buku MPH baru-baru ini, terdetik untuk membeli buku 'Bukan Sekadar Resepi' nukilan Pn Roza, isteri kepada Prof Kamil yg terkenal dengan buku Travelog Haji dan blognya 'Kehidupan Ringkas tapi Signifikan'. Ya Allah, syukur saya dipertemukan dengan buku ini, Alhamdulillah. Baru saya sedar banyaknya kesilapan saya sewaktu menyediakan juadah keluarga... bukan tersilap ramuan resepi tetapi tersilap cara menyediakan resepi. Antara petikan berharga dari buku ini ialah:

  1. 'Bukan resepi yang tidak betul, tetapi ia disebabkan seseorang itu kurang pengalaman dan pengamatan'.
  2. 'Tiada satu pun makanan yang ada di dunia ini tersalah adunan atau resepi. Barangkali bahan-bahan yang digunakan adalah sama, cuma bancuhan atau cara yg berbeza menjadikan ia sesuatu yg berlainan'.
  3. 'Sesetengah mereka yg dikurniakan Allah kelebihan seperti pakar memasak, barangkali sudah merasakan diri mereka hebat sehingga lupa dari mana asal usul ilmu (ilmu dan ilham itu datangnya dari Allah)'.
  4. 'Sesuatu yg menyeronokkan tentang percubaaan memasak menggunakan resepi baru ialah melihat hasil akhir yg bakal kita terima. Apapun hasilnya, jangan anggap ia sebagai kegagalan. Boleh jadi ia boleh dianggap sebagai resepi baru'. Dan banyak lagi tips-tips dan resepi masakan yg berharga... 
  5. Kesimpulan yang dapat saya berikan setelah khatam buku ini: Ketika memasak, ikhlaskan hati, banyakkan zikir dan niat semoga masakan air tangan kita ini menjadi penjalin kasih sayang dan persaudaraan serta menambahkan rasa syukur kepadaNya, bukan hanya memuaskan lidah dah mengenyangkan perut. Semoga Allah memberkati Pn Roza sekeluarga..



Thursday, June 28, 2012

Siri Mengaji I

Muqaddimah:
Tujuan post ini ditulis hanyalah sebagai perkongsian dalam mendidik anak mengenal kalamullah. Mudahan kita sama-sama istiqamah mendidik mereka membaca al-Quran. Seterusnya menghafaz dengan makhraj & tajwid yg betul. InsyaAllah, tafsir juga menyusul di samping memperdengarkan kisah-kisah dari al-Quran kepada mereka.

April 2012
Sekali lagi saya rasa permulaan yg agak lewat. Alhamdulillah, entah bagaimana saya terjumpa blog Pn Lina Karim: http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/ yg kini menjadi rujukan saya dalam mendidik anak membaca al-Quran. Sejak anak beliau 6 bulan lagi, Pn Lina sudah memperkenalkan flashcard huruf2 hijaiyah fathah kepada bayinya. Betul kata pn Lina, mengajar bayi lebih mudah berbanding kanak-kanak. Saya pula memperkenalkan kepada Haikal ketika dia sudah pun setahun setengah. Faham2 je lah umur macam ni, dia dah aktif, boleh berjalan dan banyak pergerakan. Jadi konsentrasi ketika sesi flashcard banyak gangguan. Apa yang saya buat sekarang adalah menampal sekeliling rumah huruf2 tersebut di tempat2 tumpuan dengan tulisan yg BESAR. Hanya satu huruf diperkenalkan dalam satu2  masa. Rumah pun sekarang dah macam taska. Kalau turun tangga bersama, saya akan sebut huruf yg ditampal di dinding tepi tangga dan minta dia ulang. Selalunya tak payah suruh ulang pun memang dia akan ikut sebaik sahaja saya sebut huruf tu. Saya mulakan dengan huruf yang mudah disebut oleh bayi iaitu 'ba', 'ma', 'a', 'da', 'wa', 'na' dan 'ya'. Bila dia main diruang tamu, saya tunjuk lagi di dinding yg ada flashcard dan sebut sehingga dia ulang bunyi yang sama. Hari berikutnya saya uji dia, 'ni apa?'. Kalau dia boleh sebut dengan betul, saya gantikan dengan huruf berikutnya. Huruf yg dia dah boleh sebut saya letakkan di satu sudut lain bersusun ikut turutan dan juga akan ditanya setiap hari agar dia tak lupa. Pn Lina ada menjual flashcard huruf hijaiyah ni di website beliau: http://www.islamicparentingnetwork.com.my/ . Ini pun antara online shop tumpuan saya :-).

Apa terjadi kepada abang dan kakak-kakak Haikal? Alhamdulillah Haziq dan Husna dah boleh membaca Quran cuma tajwid dan makhraj yg masih perlu dibantu. Saya tak mengejar khatam tapi biar mereka boleh membaca dengan baik biar pon merangkak-rangkak. Hanim masih peringkat al-Furqan 4 (saya menggunakan kaedah Al-Furqan dari anak yg pertama lagi). Ada juga guru/ibubapa yg menggunakan teknik al-Barqi atau Iqra'. InsyaAllah jika ada kelapangan, saya ingin pergi kursus teknik al-Barqi ini yg dikatakan bagus juga.

Hafazan tidak dilupakan. Haziq kini cuba hafaz surah Al-Lail, Husna surah Az-Zalzalah dan Hanim surah Al-Maun (hafazan lebih baik dimulakan dari surah akhir dalam Quran macam dalam muqaddam). Namun saya baru sedar banyak tajwid dan makhraj perlu dibaiki dan kami berpatah balik kepada surah al-Fatihah. InsyaAllah saya akan kongsi 'Juz Amma Tracker' untuk memudahkan saya menyemak hafazan anak2.

Jun 2012
Surah Tracker untuk Hanim. Handwriting sebab masa ni belum ada printer. Lepas siap, disimpan dalam transparent plastic (dari clear holder) supaya tak perlu tulis banyak kali. Hanya perlu tulis nama surah dan tanda 'tick' menggunakan nonpermanent marker atas plastik dan padam bila nak tukar surah lain.

JUZ AMMA / SURAH TRACKER

UNTUK TATAPAN & INGATAN HAIKAL

Akhir Jun 2012
Kemajuan, Haziq sudah berjaya hafaz surah Al-Lail, kini surah Asy-Syams. Husna habis surah Az-Zalzalah, kini surah Al-Baiyinah. Hanim sekarang surah Al-Kafirun. Haikal masih belum menunjukkan apa2 progress. Mungkin ibunya on-off ajar dia. Kena cuba teknik baru. Jika berjaya akan di'post'kan di page ini, insyaAllah. 
Bagi lebih memudahkan saya 'track' kemajuan hafazan anak2, saya cuba buat 'Juz Amma tracker' sendiri.
New Juz Amma Tracker

Email dari Pn Lina Karim.. sumber inspirasiku


Assalamualaikum Jaja..
Ada beberapa orang bertanya tentang apa jadual harian saya hingga saya, boleh mengajar anak saya dari mengaji, menghafal al Quran hinggalah ilmu-ilmu yang lain lainnya. 
Idea untuk berkongsi jadual harian saya datang dari panggilan telefon dari seorang ibu yang menelefon saya pagi semalam. Berikut adalah perbualannya..
Puan : Assalamualaikum Puan, Tahniah Darwish keluar di TV9 dalam rancangan Pesan Atuk. Dia Baca surah al Mulk.. MasyaAllah lancarnya dia.. Emm.. boleh ke saya bercakap dengan puan sekarang ni? (Mungkin dia dengar bunyi bising di belakang saya)
Saya : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. Saya tak tahu pun anak saya keluar TV. Saya tak sempat tengok mana-mana anak saya keluar TV kerana setiap kali mereka keluar, saya tiada di depan TV. Dari selepas subuh saya dah keluar rumah. Sekarang ni saya di luar bersarapan di luar je. (Kebetulan kali itu saya bersarapan dengan suami). Tak sempat nak sarapan dirumah tadi. 
Puan : Puan saya ingin bertanya, apa jadual puan sehari-hari hingga puan ada masa untuk ajar anak? 
Saya : Bukan susah puan. Jika kita mahu, kita boleh cari masa tu.. saya punya masa hanya waktu malam je. Maka waktu malam sahajalah saya mengajar mereka. 
Puan : Puan bekerja ke?
Saya : Tak, saya tak bekerja. Saya berniaga sendiri. Lepas bercakap dengan puan ni saya akan berjumpa dengan supplier barangan, cari produk baru, buat pembelian dan kemudian ambil anak dari sekolah. 
selepas dari itu topik tersebut dipendekkan kerana dia faham saya sedang bersarapan dan sedang mengejar waktu temujanji saya dengan supplier. 
Intisarinya saya tidak bekerja.. tetapi saya banyaaaak kerja. Belum lagi balik untuk menguruskan keluarga lagi.. dan keluar balik untuk urusan lain. (perniagaan yang tidak berkaitan dengan IPN)
Sebenarnya semua orang sibuk. Masa selalu tidak cukup. Balik rumah dah penat, bagaimana nak ajar anak? Bagi saya untuk seorang yang menghargai masa perlu mengurus masa itu dengan sebaiknya. Tahu apa keutamaan. Mereka yang memikirkan nasib keluarga mereka untuk selamat di dunia dan di hari akhirat sahaja yang akan sanggup meluangkan sedikit masa sibuk dengan urusan dunia itu untuk mengajar anak mereka al Quran. Perkara yang perlu dititik beratkan dalam usaha kita mengejar masa:
1. Fizikal 
Jangan gemuk. Gemuk adalah tanda kita selalu kalah dalam melawan nafsu (nafsu makan) dan mempunyai penyakit M.A.L.A.S. Rasulullah juga tidak mahu umatnya gemuk-gemuk. Saya memang ada alat timbang badan (weighing scale) untuk memeriksa berat badan saya sendiri. Saya agak weight conscious juga tau!
2. Stamina kita. 
Pastikan kita tahu bagaimana cara pernafasan yang  baik dan jadualkan diri untuk melakukan excercise. Untuk permulaan, excercise itu bagi yang tidak biasa akan rasakan ianya amat meletihkan tetapi cuba tetap lakukan dalam seminggu, InsyaAllah ia akan menjadikan anda bertenaga dan segar. Menjadi kewajipan untuk saya 'halau' anak-anak saya setiap petang untuk pergi keluar bermain . Walaupun dirumah juga mereka bermain tetapi diluar lebih banyak dalam bentuk fizikal seperti berlari dengan kawan-kawan dan sebagainya.. Biar mereka terbiasa untuk riadah seperti ini sehingga besar. Tubuh yang sihat, akan menghasilkan minda yang sihat.
3. Makanan kita
Jaga pemakanan. Pastikan makanan dari halal dari sumber yang halal. Makanan yang dari sumber yang ragu atau tidak halal akan menyebabkan kita berat untuk melakukan kebaikkan seperti mengajar mengaji dan sebagainya. Juga kembali kepada sunnah. Saya tidak mahu kondem multivitamin yang di propoganda kan sebagai bagus, kerana saya tidak mengambilnya. Saya lebih mempercayai amalan Rasulullah s.a.w. daripada mempercayai multivitamin yang direka barat. Mungkin ada yang fikir saya ini kolot sedangkan bidang pengajian saya dahulu adalah Applied Science.
3 Keutamaan (Prioritization)
Semua perkara dalam hidup kita penting tetapi pastikan yang mana lebih penting. Jangan keliru dalam meletakkan yang lebih penting itu. Contohnya.. Jika kita perlu mengajar anak waktu malam, dan selepas makan malam. Adakah membasuh pinggan yang berlambak disinki adalah lebih penting atau mengajar anak lebih penting? Jika kita memilih membasuh pinggan kerana tidak tahan melihatnya begitu maka selesai sahaja anak sudah tertidur. maka terlepaslah peluang untuk mengajar mereka. (Pantang saya adalah jika anak tidur, jangan kejutkan untuk mengaji, biar mereka tidur) 
5. Matlamat
Wujudkan matlamat. Jangan jadikan keputusan akhir sabagai tanda ukur pencapaian kerana Allah tidak melihat hasil tetapi proses kita berusaha untuk mencapai hasil itu yang akan dikira. Berjaya atau tidak itu adalah perkara kedua. Allah akan memilih samada akan diberikan apa yang kita usahakan kepada anak kita itu atau tidak.  Yang penting kita telah melakukan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini dapat mengelakkan diri kita stress melihat pencapaian anak. 
6. Fokus dan konsisten
Fokus, fokus dan fokus. Usaha yang fokus akan lebih memberi impak walaupun sedikit. Contohnya air setitik-setitik jatuh keatas batu secara konsisten, lama kelamaan ia akan meninggalkan lekuk berbanding air dilimpahkan dengan banyak di seluruh permukaan batu tersebut. Faham maksud saya?
7. Motivasi Diri (Self Motivation)
Setiap orang perlu mempunyai inspirasi. Cari sumber inspirasi anda sendiri. Adakah dia Ibu Sultan Muhammad Al Fateh untuk menjadikan anak hebat agamanya. Atau jika ibubapa memilih untuk anak hebat dalam bidang muzik adakah Ibu Vanessa Mae (pemain Violin terkenal) menjadi sumber inspirasikita? Samada cita-cita kita ingin menjadikan anak kita yang mana satu, semuanya perlu inspirasi dan motivasi.
Ini adalah sebahagian dari apa yang perlu dalam persediaan ibubapa sebelum mengajar anak mereka al Quran atau apa sahaja. Sudah sememangnya yang paling utama dalam senarai ini adalah memiliki ilmu mengajarnya dahulu. Jika ada alat-alatan untuk mengajar, tetapi tidak tahu menggunakannya, tidak kemana juga akhirnya. Untuk maklumat lanjut untuk ilmu mengajar al Quran pada anak, boleh layari http://darwishndarwisya.blogspot.com/   InsyaAllah semoga semua ibubapa bijak 'mendapatkan' masa untuk mengajar anak anak mereka. 
Ikhlas dari,
 Lina Karim
h/p: 019 230 8080


Thursday, June 7, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah kali ni, kami tak ke mana. Paling jauh pun ke Kota Kinabalu, duduk hotel, bagi anak-anak main swimming pool puas-puas. Lepas 3 hari, balik rumah. Abah nya kerja, nak buat macam mana kan. Flight pulak overbook. Tu yang tak dapat balik kampung.. :-(

Bagi mengurangkan kebosanan anak-anak, saya ajak diorang reka blog. Idea ni datang dari website ni: http://kidsactivitiesblog.com/blogging-for-kids/. Credit to my sister-in-law, Khansa' for introducing this benificial blog.

Yang ni juga bagus untuk dijadikan panduan berblog bagi kanak-kanak: http://www.kidslearntoblog.com/

Ni la hasilnya..
http://www.mhaziqazwan.blogspot.com/
http://www.husnaazwan.blogspot.com/
http://www.hanimazwan.blogspot.com/

Tapi semuanya 'incomplete version'. Apa pun, mesti melalui lembaga penapisan finas dahulu sebelum 'publish post', ye anak-anak...