Wednesday, January 23, 2013

Aktiviti Maulidur Rasul


Sempena Maulidur Rasul esok hari, saya minta anak-anak menyenaraikan sunnah-sunnah Rasulullah. Ini hasilnya... :-D


Kira ok la kan. Cari punya cari sumber yang lebih lengkap, akhirnya terjumpa satu blog ni. Terima kasih blog http://impian-nurkasih.blogspot.com kerana menyenaraikan akhlak-akhlak rasulullah.

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S.A.W Yang Perlu Kita Hayati

1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3. Sangat elok dan sempurna wajahnya
4. Baginda memilik perasaan yang halus
5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
9. Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya
12. Suka membalas hadiah
13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
28. Amat kasih terhadap umatnya
29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
33. Suka menziarahi orang sakit
34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
37. Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

POSTED BY RIJAL EL-IBTIKARIYY

Tuesday, December 25, 2012

Kembali berkerja?

Sewaktu diri ini berkira-kira untuk kembali berkarier, suami akhirnya berkata "buat part time cukuplah. Abang masih mampu menanggung Aja dan anak-anak". Allahuakbar. Saya terpaku seketika. Apa sebenarnya menyebabkan saya tiba-tiba rasa nak bekerja semula? Memang pada tika ini saya rasa diri ini 'useless + hopeless'. Tak mampu bantu dia mengurangkan beban belanjawan keluarga. Hutang peribadi pun masih berbaki. Aura pendidik masih ada dalam jiwa. Bercampur rasa bosan.. Tu antara penyebabnya mungkin. Teringin juga nak buat 'home biz', namun tak pandai.. Agaknya memang tiada 'pattern' peniaga. Namun jauh disudut hati, Insyaa-Allah suatu hari nanti akan diterokai juga. 


Suami mahu saya lebihkan tumpuan pada anak-anak kerana dia adakala tak mampu berada dengan mereka sepenuhnya lantaran kesibukan tugasan beliau. Memang itu sudah tuntutan, tanggungjawab mencari nafkah keluarga adalah pada suami.

Saya juga ada pembantu rumah. Mungkin ini juga faktor penyebab saya ingin bekerja semula. Pernah saya nyatakan hasrat tidak mahu lagi pembantu rumah kerana saya sendiri tak bekerja dan dapat berjimat  tapi suami tak bersetuju atas beberapa alasan. Pernah saya mendengar/menonton siaran dari seorang ustaz. Adanya pembantu rumah bukanlah suatu lambang 'kesenangan' atau 'kemewahan hidup' namun ia suatu keperluan sebenarnya apabila suami tak mampu membantu isteri menguruskan rumah tangga. Perlu diingat, pengurusan rumah tangga dan anak-anak bukan terletak di atas bahu isteri semata-mata. Namun jika isteri mampu melakukan segalanya dengan ikhlas, Alhamdulillah. Memanglah anak dah 4 orang ni, agak tunggang langgang rumah kalau tiada pembantu. Tambahan pula, saya sedang hamil lagi. Suami bimbang kalau saya kepenatan, kesihatan saya terjejas serta anak-anak dan dia terabai. Oklah.. Saya mengalah. Memang saya tak mampu nak urus segalanya sendiri. Saya akui saya bukan 'superwoman'. 

Tak mengapalah.. Syukur apa yang dimiliki sekarang. Mungkin tak semewah org lain namun segalanya cukup. Ramai lagi yg kurang bernasib baik di luar sana. Alhamdulillah... Apa lagi yg boleh saya ucapkan.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam usahaku menguruskan rumahtangga ku ini. Kurniakan aku sedikit kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anakku. Murahkan rezeki kami agar dapat memanfaatkannya ke jalan yg Engkau redhai.

* sewaktu menulis blog ni, bibik tengah bercuti ke kampung halamannya... dan rupa-rupanya tak balik-balik lagi... huhuhu. Sekarang kena la jadi 'wonder woman' :-D



 

Wednesday, October 24, 2012

Stok Ayam

Bahan-bahan:
Tulang ayam dan kulit ayam
3-5 btg saderi - potong panjang 2 inci
Secekak daun parsley - ikat
2-3 biji bawang bombay (kuning) - belah 4
1-2 btg lobak merah - dadu kasar
1/2 sdk serbuk lada hitam
Sikit garam - tak letak pun takpe
Seperiuk besar air

Cara: Rebus kesemua bahan dalam periuk dengan api sederhana. Bila dah mendidih, perlahankan api, reneh hingga 4 jam. Sejukkan dan tapis utk diambil stok sahaja. Agihkan dalam bekas ikut keperluan dan simpan dalam freezer.

Surah Pilihan Ketika Hamil


Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Confinement Recipes

Koleksi resepi berpantang ni saya dapat dari mak saya sendiri, majalah Pa&Ma, ebook mysetbersalin.com dan sumber2 internet lain. Saya hanya pilih yang ringkas dan mudah disediakan. Disusun ikut hari tapi terserah pada citarasa anda. Cuma hari2 awal berpantang elok makan bubur .
Info khasiat (tak pasti dari segi perubatan moden):
halia- nyah angin dari badan
pegaga & lobak putih - banyakkan susu
bwg putih - jangan ambil banyak sangat sbb nanti badan berbau
ikan haruan- cepatkan sembuhan luka bersalin
* banyak lagi tapi jangan lupa ikut nasihat doktor: diet seimbang.
* Kalau boleh jangan makan nasi sejuk nanti perut masuk angin (pengalaman sendiri akibat makan nasi goreng).
* Bagi ibu yg melahirkan secara caesarian, kurangkan makan lada hitam

Hari 1 – Bubur nasi dan sup ayam halia
Sup ayam halia
Masak air dalam periuk,
Halia 3 ketul – ketuk dan masuk dalam air mendidih dan masukkan ayam + garam sikit
Tabur daun sup bila hidang.

Hari 2 – Bubur nasi, sup ikan haruan dan ulam pegaga
Sup ikan haruan
Masak air dalam periuk
Halia, lada hitam, bawang merah, bawang putih garam – tumbuk lumat dan masuk dalam periuk.
Ikan haruan, asam keping – masuk bila air sudah mendidih.
Tabur daun sup sebelum hidang.

Hari 3 – Ayam halia kukus dan bayam celur.
Ayam halia kukus
Masak air dalam periuk pengukus.
Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, garam – tumbuk lumat.
Ayam kampong – perap dengan bahan yang ditumbuk dan gaul dengan minyak bijan.
Lepas setengah jam, kukus ayam.

Bayam & ikan bilis – celur dalam air panas sekejap dan tos.

Hari 4 – Ikan haruan goreng dan sayur tumis air.

Kunyit dan garam – tumbuk lumat dan perap dengan ikan haruan. Goreng ikan.

Sayur tumis air
ikan bilis, bawang putih, bawang merah – tumbuk dan tumis dalam kuali dengan sikit minyak. Masukkan air.
Sawi dan lobak putih hiris – masuk dalam periuk bila air mendidih.

Hari 5 - Sup ikan tenggiri dan bayam celur
Sup ikan tenggiri
Bawang putih (hiris), bawang merah(hiris), halia (ketuk) – tumis dengan minyak bijan (1 sudu).
Masukkan air dan lobak putih (hiris).
Bila mendidih, masukkan ikan dan asam keping.
Tabur daun sup sebelum hidang.

Hari 6 – Ikan masin sepat kukus, air asam dan ulam pegaga.

Ikan masin dan bawang putih – basuh dan kukus.

Air asam – gaul asam jawa, bawang putih (kukus), ikan bilis mentah dan serbuk lada hitam dalam sedikit air panas.

Hari 7 – Ulang resepi hari 3 – Ayam halia kukus dan bayam celur.

Hari 8 – Haruan panggang halia dan sayur tumis kering (sawi dan lobak putih)
Haruan panggang halia
Ikan haruan – lumur dengan jus limau nipis dan basuh.
Bawang putih, halia dan kunyit hidup – tumbuk lumat dan bahagi 2 bahagian.
Separuh gaul dengan ikan dan bakar dalam kuali. Hidang dalam pinggan.
Separuh lagi campur dengan jintan manis, jintan putih dan lada hitam – tumbuk semua dan tumis dalam periuk lain.
Bila garing masuk air. Tunggu sampai mendidih.
Cuka & hirisan daun kunyit – masukkan bila air sudah mendidih.
Tutup api dan tuang atas ikan yang sudah dibakar.

Hari 9 – Sup ayam (campur kentang, brokoli dan lobak putih) dan Kerabu pegaga
Kerabu pegaga
1 biji bawang besar – dihiris
Bawang merah, ikan bilis, kunyit – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris

Hari 10 – Ikan tenggiri masak asam, bayam celur dan sambal kunyit
Tenggiri masak asam
Goreng ikan. Hidang dalam pinggan
Halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar – hiris dan tumis.
Bila garing, masukkan air asam jawa. Tutup api bila sudah mendidih
Tuang atas ikan goreng.

Bayam & ikan bilis – celur dalam air panas sekejap dan tos.

Kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam,garam – tumbuk sampai lumat jadi sambal

Hari 11 – Ayam masak kering dan bayam celur
Ayam masak kering
Ayam, daun pegaga (hiris), bawang merah (hiris), halia (hiris), serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil), serbuk kunyit (1/2 sudu kecil) – campur semua dalam periuk dengan 2 cawan air. Bila pekat, tutup api dan hidang

Hari 12 - Ikan Tenggiri Masak Pindang dan sayur tumis kering (sawi atau bayam)
Tenggiri masak pindang
Kunyit, halia, lada hitam, bawang merah, bawang putih – tumbuk dan rebus dalam periuk.
Ikan tenggiri – campur dalam periuk bila air mendidih dan letak asam keping.

Minuman ketika berpantang (sumber: http://www.momsinmind.com.sg/eggs.html)
RED DATES TEA

(Helps revitalise general health. Drink as often as you like - It's Tasty!)

8 red dates
50g black beans, pan-fried without oil
20g Dong Sum / "dangshen"/ tung shen (codonopsis pilosula) - kt pasaraya pon ade.
4 slices old ginger

Rinse all the herbs. Put them in a crockpot and fill it ¾ full with HOT water. Boil for 2 hours.

For me, I usually just put all the ingredients in the crockpot the night before, filling it with normal tap water. By morning, there will already be a nice big pot of fragrant Red Dates Tea to drink for the whole day.

Doa Agar Anak Mudah Menghafal Pelajaran



Di samping itu, ajar anak amalkan selalu surah berikut:
  • al-Insyirah 
  • Al-Alaq dalam solat subuh

Catatan Prof Dr Rozieta Syaary


Salam Semua,
Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.

Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.

2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.

3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Langkah Untuk Mengatasi Anak Agresif.

Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut.
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.

Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istighfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Salam Kasih dari Ibu.