Bahan-bahan:
Tulang ayam dan kulit ayam
3-5 btg saderi - potong panjang 2 inci
Secekak daun parsley - ikat
2-3 biji bawang bombay (kuning) - belah 4
1-2 btg lobak merah - dadu kasar
1/2 sdk serbuk lada hitam
Sikit garam - tak letak pun takpe
Seperiuk besar air
Cara: Rebus kesemua bahan dalam periuk dengan api sederhana. Bila dah mendidih, perlahankan api, reneh hingga 4 jam. Sejukkan dan tapis utk diambil stok sahaja. Agihkan dalam bekas ikut keperluan dan simpan dalam freezer.
Wednesday, October 24, 2012
Surah Pilihan Ketika Hamil
Surah Al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Confinement Recipes
Koleksi resepi berpantang ni saya dapat dari mak saya sendiri, majalah Pa&Ma, ebook mysetbersalin.com dan sumber2 internet lain. Saya hanya pilih yang ringkas dan mudah disediakan. Disusun ikut hari tapi terserah pada citarasa anda. Cuma hari2 awal berpantang elok makan bubur .
Info khasiat (tak pasti dari segi perubatan moden):
halia- nyah angin dari badan
pegaga & lobak putih - banyakkan susu
bwg putih - jangan ambil banyak sangat sbb nanti badan berbau
ikan haruan- cepatkan sembuhan luka bersalin
* banyak lagi tapi jangan lupa ikut nasihat doktor: diet seimbang.
* Kalau boleh jangan makan nasi sejuk nanti perut masuk angin (pengalaman sendiri akibat makan nasi goreng).
* Bagi ibu yg melahirkan secara caesarian, kurangkan makan lada hitam
Hari 1 – Bubur nasi dan sup ayam halia
Sup ayam halia
Masak air dalam periuk,
Halia 3 ketul – ketuk dan masuk dalam air mendidih dan masukkan ayam + garam sikit
Tabur daun sup bila hidang.
Hari 2 – Bubur nasi, sup ikan haruan dan ulam pegaga
Sup ikan haruan
Masak air dalam periuk
Halia, lada hitam, bawang merah, bawang putih garam – tumbuk lumat dan masuk dalam periuk.
Ikan haruan, asam keping – masuk bila air sudah mendidih.
Tabur daun sup sebelum hidang.
Hari 3 – Ayam halia kukus dan bayam celur.
Ayam halia kukus
Masak air dalam periuk pengukus.
Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, garam – tumbuk lumat.
Ayam kampong – perap dengan bahan yang ditumbuk dan gaul dengan minyak bijan.
Lepas setengah jam, kukus ayam.
Bayam & ikan bilis – celur dalam air panas sekejap dan tos.
Hari 4 – Ikan haruan goreng dan sayur tumis air.
Kunyit dan garam – tumbuk lumat dan perap dengan ikan haruan. Goreng ikan.
Sayur tumis air
ikan bilis, bawang putih, bawang merah – tumbuk dan tumis dalam kuali dengan sikit minyak. Masukkan air.
Sawi dan lobak putih hiris – masuk dalam periuk bila air mendidih.
Hari 5 - Sup ikan tenggiri dan bayam celur
Sup ikan tenggiri
Bawang putih (hiris), bawang merah(hiris), halia (ketuk) – tumis dengan minyak bijan (1 sudu).
Masukkan air dan lobak putih (hiris).
Bila mendidih, masukkan ikan dan asam keping.
Tabur daun sup sebelum hidang.
Hari 6 – Ikan masin sepat kukus, air asam dan ulam pegaga.
Ikan masin dan bawang putih – basuh dan kukus.
Air asam – gaul asam jawa, bawang putih (kukus), ikan bilis mentah dan serbuk lada hitam dalam sedikit air panas.
Hari 7 – Ulang resepi hari 3 – Ayam halia kukus dan bayam celur.
Hari 8 – Haruan panggang halia dan sayur tumis kering (sawi dan lobak putih)
Haruan panggang halia
Ikan haruan – lumur dengan jus limau nipis dan basuh.
Bawang putih, halia dan kunyit hidup – tumbuk lumat dan bahagi 2 bahagian.
Separuh gaul dengan ikan dan bakar dalam kuali. Hidang dalam pinggan.
Separuh lagi campur dengan jintan manis, jintan putih dan lada hitam – tumbuk semua dan tumis dalam periuk lain.
Bila garing masuk air. Tunggu sampai mendidih.
Cuka & hirisan daun kunyit – masukkan bila air sudah mendidih.
Tutup api dan tuang atas ikan yang sudah dibakar.
Hari 9 – Sup ayam (campur kentang, brokoli dan lobak putih) dan Kerabu pegaga
Kerabu pegaga
1 biji bawang besar – dihiris
Bawang merah, ikan bilis, kunyit – ditumbuk
sedikit garam
seikat daun pegaga – dihiris
Hari 10 – Ikan tenggiri masak asam, bayam celur dan sambal kunyit
Tenggiri masak asam
Goreng ikan. Hidang dalam pinggan
Halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar – hiris dan tumis.
Bila garing, masukkan air asam jawa. Tutup api bila sudah mendidih
Tuang atas ikan goreng.
Bayam & ikan bilis – celur dalam air panas sekejap dan tos.
Kunyit, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam,garam – tumbuk sampai lumat jadi sambal
Hari 11 – Ayam masak kering dan bayam celur
Ayam masak kering
Ayam, daun pegaga (hiris), bawang merah (hiris), halia (hiris), serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil), serbuk kunyit (1/2 sudu kecil) – campur semua dalam periuk dengan 2 cawan air. Bila pekat, tutup api dan hidang
Hari 12 - Ikan Tenggiri Masak Pindang dan sayur tumis kering (sawi atau bayam)
Tenggiri masak pindang
Kunyit, halia, lada hitam, bawang merah, bawang putih – tumbuk dan rebus dalam periuk.
Ikan tenggiri – campur dalam periuk bila air mendidih dan letak asam keping.
Minuman ketika berpantang (sumber: http://www.momsinmind.com.sg/eggs.html)
RED DATES TEA
(Helps revitalise general health. Drink as often as you like - It's Tasty!)
8 red dates
50g black beans, pan-fried without oil
20g Dong Sum / "dangshen"/ tung shen (codonopsis pilosula) - kt pasaraya pon ade.
4 slices old ginger
Rinse all the herbs. Put them in a crockpot and fill it ¾ full with HOT water. Boil for 2 hours.
For me, I usually just put all the ingredients in the crockpot the night before, filling it with normal tap water. By morning, there will already be a nice big pot of fragrant Red Dates Tea to drink for the whole day.
Catatan Prof Dr Rozieta Syaary
Salam Semua,
Alhamdulillah, pagi ini Ibu mempunyai sedikit masa. Ibu sedang di dalam kereta ke Kedah untuk mengendalikan Kursus di sana. Hubby memandu, maka ibu bolehlah menulis kepada sayang semua.
Maaf kerana lama menunggu mengenai jawapan kepada isu anak-anak kecil yang suka menjerit-jerit, mengigit-gigit dan memukul diri sendiri atau orang lain.
Sekarang mari kita mulakan perkongsian. Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi ( bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.
Beberapa perkara yang perlu kita fahami;
1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.
2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya. Namun, ibu tidak mahu membincangkan di sini kerana ibu telah menulis mengenai ini sebelum ini. Sila lihat blog ibu sebelum ini.
3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan.
Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.
Langkah Untuk Mengatasi Anak Agresif.
Hari ini ibu kongsikan beberapa dahulu;
1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kai balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.
3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.
4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut.
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istighfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini. Jika panjang sangat nanti penat pula nak membacanya. Nanti ibu akan sambung dari masa ke semasa.
Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.
Salam Kasih dari Ibu.
Doa Ibu Hamil
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tuesday, October 23, 2012
40 Minggu yang Indah
40 Minggu yang
Indah
Minggu
|
Bayi
|
Anda
|
Catatan
|
1
|
Lapan
hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk
menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
|
Anda
digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 mcg sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain
dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
|
|
2
|
Blastocyst
mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu,
blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
|
Dalam
minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang
mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa
jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
|
|
3
|
Selepas
tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci
ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ
badan yang akan bergabung.
|
Di
awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium.
Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh
menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti
sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
|
|
4
|
Pada
minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang
mengalirkan darah daripada jantung)
|
Senaman
dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat
mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur,
sembelit dan keletihan
|
|
5
|
Walaupun
anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun
otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan
saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
|
Suhu
badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.
Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang
boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
|
|
6
|
Jantungnya
kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini,
saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar
menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz
bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat
dilihat melalui ujian imbasan.
|
Jika
anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda
jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap
sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
|
|
7
|
Lubang
hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu,
tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
|
Anda
mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama.
Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga
mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
|
|
8
|
Mata,
telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula
terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya
pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki
dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak
dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak
membenarkan anda merasai pergerakannya.
|
Perubahan
bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan
mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
|
|
9
|
Bentuk
muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas
kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
|
Berat
badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap
pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda
menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
|
|
10
|
Telinga
luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu
ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya
belum sempurna seperti jari normal manusia.
|
Jumlah
darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan
membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda
kini sebesar buah oren.
|
|
11
|
Majoriti
organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat
daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan
tertentu.
|
Ketidakselesaan
yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu
mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
|
|
12
|
Jantung
bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini
dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya
sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap
terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu
jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya
menjadi urin.
|
Berat
badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal
di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda
akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
|
|
13
|
Tulangnya
mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi
sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk
merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi
dengan baik setelah dia lahir nanti.
|
Perubahan
’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari
bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan
warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah
menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas
kelihatan.
|
|
14
|
Organ-organ
bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung
kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk
menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan
kening.
|
Katakan
selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat
menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia
seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks
itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya.
Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan
perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
|
|
15
|
Tulang
rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang
daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu
juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan.
Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas
didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan
bunyi perut anda.
|
Kuantiti
darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang
sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu
bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda
kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya
mampu menjalankan tugas sebaiknya.
|
|
16
|
Bayi
semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu
rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan
suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa
ultrasound dilakukan.
|
Pada
saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira.
Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa
pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan
bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis
halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea
niagra semakin menyerlah.
|
|
17
|
Anggota
badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga
sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya
sendiri.
|
Pinggan
ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal
hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit
tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga
mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah
yang biasa.
|
|
18
|
Kulit
bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul
lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka
terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan
terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi
kuat.
|
Ketika
ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa
yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal
ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya
mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan
faraj juga semakin bertambah.
|
|
19
|
Sama
seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika
ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama,
tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
|
Saat
ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan
bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara
pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada
muka anda.
|
|
20
|
Vernis
iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi
untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam
kandungan.
|
Rahim
semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti
ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat
hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya
tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah
pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat
perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk
perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran
perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak
berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu
pedas ataupun bergoreng.
|
|
21
|
Si
kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar
bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik
untuknya.
|
Pada
minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada
biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan
berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan
yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan
menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
|
|
22
|
Perkembangan
pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini
sudah mula mendengar bunyi dari luar.
|
Minumlah
segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi
zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren
membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak
dan mudah.
|
|
23
|
Degupan
jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula
pandai tersedu.
|
Jika
tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku
pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses
ini dinamakan sebagai oedema.
|
|
24
|
Bayi
semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca
pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun
hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam.
Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar,
degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang
demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik
atau lagu.
|
Empat
peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing
manis atau diabetis pada minggu ini.
|
|
25
|
Sel-sel
otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks.
Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar
bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang
wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak
cecair tersebut, dia boleh tersedu.
|
Memasuki
minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira,
gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul.
Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan
membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
|
|
26
|
Mula
belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen
yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi
dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi
akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut
usia kandungan.
|
Akan
berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan
cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di
sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan
jantung dan paru-paru.
|
|
27
|
Bayi
makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan
diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
|
Anda
mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu
kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu
keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap
normal.
|
|
28
|
Pada
usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-
bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan
sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150
degupan seminit.
|
Payu
dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat.
Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum
tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa
melekit.
|
|
29
|
Bayi
semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut.
Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh
sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka
dan ditutup dan mula fokus.
|
Dengan
perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak.
Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga
semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul
penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya.
Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki
dengan bantal.
|
|
30
|
Bayi
kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
|
Anda
akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan
terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda
menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan
terganggu.
|
|
31
|
Kini,
dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan
gelap.
|
Sesak
nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda
tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam
anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda
tidak terlalu ketat dan panas.
|
|
32
|
Bayi
semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan
membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini.
Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan
serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
|
Jika
anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu
kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
|
|
33
|
Jari
jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan
paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
|
Kenaikan
berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan
hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda
digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak
berlaku sebarang masalah.
|
|
34
|
Berat
badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya.
Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini
sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki,
testisnya mula membentuk dengan sempurna.
|
Tekanan
darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit
perasaan dan emosi pada peringkat ini.
|
|
35
|
Tulang
kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah
menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
|
Banyakkan
berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik
bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar
dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan
berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada
bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
|
|
36
|
Kontraksi
awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu
bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda
semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan
betul, menghisap jari dan belajar menelan.
|
Pernafasan
kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit
akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan
kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
|
|
37
|
Bulu
pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon
yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang
pernafasan.
|
Bersedia,
mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan
sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua
soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang
berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk
digunakan ketika di bilik bersalin.
|
|
38
|
Rambut
mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan
kukunya.
|
Sentiasa
peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin.
Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu
banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang.
Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang
disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
|
|
39
|
Pada
peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak
memperoleh antibodi daripada ibu.
|
Masa
kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun
begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan
fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
|
|
40
|
Pada
hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan
lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum
bergabung antara satu sama lain.
|
Anda
mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit
seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan
pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk
bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
|
Monday, October 22, 2012
Amalan Ibu Hamil
Sumber: http://www.rawatanislam2u.com/
Usap perut dan membaca ayat2 ini setiap kali selepas solat... Semoga tumbesaran anak normal dan lahir sebagai anak yang normal, sihat dan cantik:
Al Mukminun ayat 12 - 14.
Boleh juga amalkan pemakanan sunnah khususnya buah/jus delima. Khasiat buah delima:
1) Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan.
2) Merupakan penambah tenaga batin – ‘viagra’ bagi suami isteri.
3) ‘Perapat’ bagi isteri dan menyuburkan rahim. Bagus untuk pasangan yang ingin mendapatkan anak.
4) Kecantikan dalaman dan luaran (bentuk badan) bagi wanita..
5) Sesuai untuk mencairkan kahak dan selsema. Rawatan hebat untuk pesakit demam.
6) Sesuai untuk ibu mengandung bagi menjamin janin yang sihat, cantik dan normal tumbesarannya.
7) Mencerdikkan minda dan menguatkan memori.
Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Usap perut dan membaca ayat2 ini setiap kali selepas solat... Semoga tumbesaran anak normal dan lahir sebagai anak yang normal, sihat dan cantik:
Al Mukminun ayat 12 - 14.
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
1) Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan.
2) Merupakan penambah tenaga batin – ‘viagra’ bagi suami isteri.
3) ‘Perapat’ bagi isteri dan menyuburkan rahim. Bagus untuk pasangan yang ingin mendapatkan anak.
4) Kecantikan dalaman dan luaran (bentuk badan) bagi wanita..
5) Sesuai untuk mencairkan kahak dan selsema. Rawatan hebat untuk pesakit demam.
6) Sesuai untuk ibu mengandung bagi menjamin janin yang sihat, cantik dan normal tumbesarannya.
7) Mencerdikkan minda dan menguatkan memori.
Cara Penggunaan:
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Thursday, October 18, 2012
Kek Puding Karamel
Dalam banyak-banyak percubaan, ini yg paling menjadi.. Alhamdulillah. Taklah susah sangat nak buatnya.
KEK PUDING KARAMEL
Ikan Masak Asam Jawa
Resepi ni tersangatlah ringkas. Khas buat ibu2 yg dah takde bibik (tak boleh spend masa lama2 kat dapur, byk lagi kerja nak buat). Belajar dari makcik hubby (Mak Ngah Normah) tapi version mcm dah tak sama. Air tangan pun lain-lain kan. Pre-cook cuma goreng ikan dulu. Biasanya guna ikan tenggiri. Ibu berpantang pun boleh makan lauk ni.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Sama mcm dalam gambar ni:
halia, bawang benggala, bawang putih, bawang kecil dan cili api (optional)
+
1/2 mangkuk air asam jawa, 2 sdb gula, 1 sdk garam, sikit minyak utk menumis
Cara-cara:
Tumis halia, bwg putih & bwg merah sampai naik bau. Lepas tu masukkan air asam. Kacau dan masukkan gula, garam, bawang benggala & cili api. Agak2 layu bawang, tutup api dan tuang kuah atas ikan tenggiri yg dah siap goreng tadi. Siap. Ni hasilnya
IKAN MASAK ASAM JAWA
Subscribe to:
Posts (Atom)